DUA ANAK MATI KERANA PERCAYA SANGAT DENGAN AJARAN DOULA!

BELUM tamat lagi isu berkaitan doula di kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa sedar sebenarnya ramai di kalangan kita amat mudah terperangaruh dengan dakyah doula, iaitu melahirkan anak secara alami tanpa bantuan pakar perubatan – sekaligus meletakkan nyawa si ibu dan anak di tahap risiko yang tinggi.

Hari ini BawangPutih berkongsi satu ‘thread’ di Twitter oleh seorang pengguna bernama Datuk Suri yang menceritakan pengalaman temannya yang percaya dengan doula sehingga meragut nyawa bukan seorang anak, tetapi DUA ANAK!

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan pentingkan diri pasangan suami isteri itu yang mengakibatkan dua nyawa anak mereka melayang – hanya kerana percayakan khidmat dan nasihat doula.

error0