DR MAZA : ISLAM TAK LARANG HIBURAN DALAM MAJLIS PERKAHWINAN, TETAPI …

SEHARI dua ini, rata-rata masyarakat Malaysia berang dengan isu tarian separuh bogel oleh golongan maknyah yang terjadi di sebuah majlis perkahwinan membabitkan anak kepada seorang pelakon wanita.

Tarian seksi dan keterlaluan itu berlangsung ketika majlis makan beradap, di hadapan para tetamu termasuk kanak-kanak dan orang tua.

Ramai memberikan pandangan dan kritikan, menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku apatah lagi di majlis perkahwinan orang Melayu dan beragama Islam.

Pasangan pengantin itu menyelar kritikan netizen dengan mengatakan perbelanjaan untuk majlis perkahwinannya tidak menggunakan wang orang ramai, bahkan pelakon wanita itu yang juga ibu pengantin lelaki akhirnya memohon maaf kepada orang ramai atas keterlanjuran di majlis hujung minggu lalu.

Bawang Putih memetik sebahagian komen daripada Mufti Perlis, Prof Dato’ Mohd Asri Zainul Abidin yang pernah menulis di laman

Namun begitu, biarlah hiburan itu bersesuaian dengan majlis, tidak bertentangan dengan hukum syarak agama Islam dan menghormati tetamu yang hadir.