DORAEMON UNTUK PROMOSI MALAYSIA – MENTERI KATA TAK BERI KELULUSAN

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini membuka mulut menjawab kontroversi susulan penggunaan watak animasi Doraemon untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Walaupun saya menghargai usaha bekas Ketua Setiausaha (KSU) untuk mempromosikan #VisitMalaysia2020, ingin saya tegaskan bahawa usaha ini tidak mendapat sokongan @MyMOTAC dan kelulusan dari saya,” demikian menurut menteri tersebut melalui posting di laman Twitternya @MKetapi.

Berkenaan kenyataan Pengerusi Balai Seni Lukis Negara, Datuk Rashidi Hasbullah bahawa pemilihan Doraemon disebabkan mempunyai ramai peminat di seluruh negara, Mohamaddin menjawab ia sebagai ‘pandangan peribadi’.

error0