DOKTOR SARAN KANAK-KANAK TIDAK DIVAKSIN TIDAK BOLEH BERSEKOLAH

MENGAMBIL kira kes-kes kesihatan berkaitan keengganan mengambil vaksin, satu saranan daripada Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) supaya kanak-kanak yang tidak diberi vaksin tidak boleh mengikuti sesi persekolahan bakal dibawa kepada Kementerian Kesihatan.

Ia susulan tindakan kerajaan untuk membentangkan cadangan dan dasar unutk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi.

Presiden PERDIM, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata masalah berkenaan suntikan vaksin perlu dipandang berat kerana sudah membabitkan kematian dan mungkin menjadi epidermik sekiranya tidak penyelesaian yang tuntas.

Pada ketika ini kanak-kanak yang masuk ke sesi persekolahan tidak diwajibkan atau mandatori kepada mereka mendapatkan suntikan imunisaso dan ia terpulang kepada pihak sekolah untuk membuat pemeriksaan dan pengesahan lanjut, apatah lagi ia turut berkait dengan kebenaran ibu bapa.

error0