DOKTOR GIGI TERJUN DARI TINGKAT 22, ANGKARA DITIPU

SEORANG doktor gigi maut selepas terjun dari sebuah bangunan pangsapuri dari tingkat 22, dipercayai kecewa kerana ditipu.

Mangsa berusi 33 tahun bekerja di sebuah hospital kerajaan.

Mayatnya ditemukan dalam keadaan terlentang di koridor bahagian belakang sebuah pangsapuri di Jalan Kebun Teh di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mayat mangsa ditemukan selepas seorang penghuni tingkat tujuh apartmen itu ternampak kelibat benda jatuh.

Menurutnya, susulan itu, pengawal keselamatan di apartmen itu telah menjalankan pemeriksaan dan menemukan mayat mangsa sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan dibuat ke atas mayat mangsa dan beberapa nota menyatakan lelaki itu di tipu ditemukan selain sebilah pisau di dalam beg mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis telah membuat pemeriksaan di setiap tingkat dan menjumpai barang-barang dipercayai milik mangsa antaranya satu botol minuman keras, pisau kecil dan sarung tangan di tingkat 22.

Tambahnya, siasatan awal dibuat ke atas mayat mangsa dan mendapati kematian doktor lelaki itu tiada unsur jenayah.