DISKAUN 10% SEMPENA TAHUN BARU CINA

Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan melaksanakan potongan 10 peratus kepada pengguna kelas satu sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, kadar RM1.90 akan dikurangkan kepada RM1.70 bermula jam 12.00 tengah malam sehingga Selasa, 5 Februari 2019.

Inisiatif ini sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat itu kepada pengguna setia GCE.

“Diskaun ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memberi nilai tambah kepada pengguna lebuh raya untuk perjalanan yang lebih selesa.
“PROLINTAS mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya dan berharap supaya semua pengguna lebuh raya mengamalkan pemanduan yang berhemah di musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Orang ramai boleh mengikuti maklumat trafik Prolintas terkini di Twitter AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau layari laman web www.prolintas.com.my.

error0
Tweet 20