DIPAKSA BERLAPAR, DIRANTAI SEPERTI ANJING SELAMA TIGA HARI HANYA KERANA SUP MASAM!

HANYA kerana memasak sup yang tidak menepati selera suami, seorang isteri diseksa dengan dibiarkan kelaparan sambil lehernya dirantai seperti anjing di sebuah bilik sebagai pengajaran tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kejadian berlaku di sebuag kampung di Novokamenka, Ukraine pada Disember 2017.

Angela mendedahkan suaminya amat memarahinya selepas memakan sup berkenaan kerana berasa masam. Alexander, 40 kemudiannya bertindak menengking dan memukul Angela sebelum merantai dan meninggalkan isterinya di dalam sebuah bilik.

Angela diselamatkan selepas tiga hari apabila saudaranya darang ke rumah. Terkejut menemui Angela dalam keadaan pucat dan menggeletar, mereka segera menghubungi polis dan ambulans untuk menyelamatkan wanita itu.

Alexander ditemui di sebuah garaj, 20 kilometer dari kawasan rumah mereka. Cubaannya untuk melarikan diri gagal.

Alexander kini dihukum penjara selama tiga tahun. Angela mendedahkan punca suaminya berkasar kerana berang tidak diberikan wang oleh wanita itu.