DIJEMPUT SEBAGAI PANEL ANALISIS, SUHAIMI SAAD MINTA BAYARAN RM5,000

SEMENJAK kebelakangan ini, program bual bicara bersama panel, Analisis di TVAlhijrah berjaya menarik perhatian netizen atas kupasan beberapa isu yang dekat dengan masyarakat hari ini. Terbaru isu antivaksin dan doula berjaya membuka mata tentang keburukan dua perkara berkenaan yang semakin merbahaya dan menular.

Terbaru, program bual bicara berkenaan bercadang memanggil bekas penyanyi nasyid In-Team, Suhaimi Saad yang juga semakin popular kerana kecaman dan kritikan pengguna media sosial terhadapnya atas isu tidak menghantar anak ke sekolah, tidak memberikan vaksin untuk anak-anak, percaya bahaya bumi ini ‘flat’ dan persoalannya tentang daya graviti bumi.

Bagaimanapun pelawaan itu ditolak Suhaimi kerana stesen televisyen berkenaan enggan menyediakan bayaran RM5,000 seperti yang dimintanya, mengambil kira kos perjalanan dan penginapannya dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur.

Isu bayaran itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen terhadap suami Ina Naim itu yang menggelarnya sebagai keterlaluan.

Ada juga yang mempertikai stesen televisyen berkenaan yang seolah-olah sengaja menyatakan isu bayaran yang diminta Suhaimi semasa memuatnaik cadangan tajuk untuk program bual bicara yang akan datang.

error0