DIBAKAR HINGGA MATI KERANA LAPOR SALAH LAKU SEKSUAL PENGETUA

HANYA kerana enggan menarik balik laporan salah laku seksual yang didakwa dilakukan pengetuanya, seorang pelajar tahfiz wanita maut dibakar dalam kejadian Sabtu lalu.

Mangsa, Nusrat Rafi, dipercayai diserang oleh sekumpulan pelajar wanita di sekolah berkenaan di Bangladesh.

Nusrat meninggal dunia di sebuah hospital di Dhaka selepas dirawat akibat kecederaan melecur teruk sehingga 80 peratus.

Terdahulu Nusrat dan keluarganya membuat laporan polis terhadap serangan seksual yang didakwa dilakukan pengetua sekolah tahfiz berkenaan.

Sebelum dibakar, seorang pelajar memaklumkan Nusrat bahawa seorang rakannya dipukul di bumbung bangunan.

Adik Nusrat. Mahmudul Hasan yang menemani Nusrat ke sekolah berkenaan, ketika kakaknya menaiki bumbung bangunan berkenaan, mangsa menemui empat individu lain yang memaksanya menggugurkan laporan polis.

Berang dengan keengganan Nusrat, suspek kemudian menyimbah minyak tanah ke arat Nusrat dan mencucuh api sehingga menyebabkan hampir keseluruhan badan mangsa terbakar.

Isnin lalu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mengarahkan Nusrat diberi rawatan terbaik dan kerajaan akan menghantar mangsa ke Singapura untuk rawatan lanjut. Beberapa jam kemudian, mangsa diberikan bantuan pernafasan dan keadaan itu tidak memungkinkan dia dihantar Singapura.

Ahli keluarga Nusrat berjanji akan mengadakan protes atas kematian mangsa.

Sementara itu tujuh suspek telah dicekup, termasuk pengetua sekolah berkenaan.

error0