DENGAN 10 SAAT PELUKAN, KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI SEMAKIN UTUH

PENINGKATAN kes penceraian terutama di kalangan pasangan muda amat membimbangkan. Mengikut statistik lebih daripada 1/3 perkahwinan berakhir dengan perceraian dalam tempoh baru lima tahun perkahwinan. Perkara itu didedahkan berdasarkan kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ke-5 pada 2014.

Antara punca yang menyumbang kepada penceraian oleh lelaki adalah tiada persefahaman sejumlah 56.2%, isteri curang (11.8%) dan campur tangan mentua atau ipar (10%).

Manakala bagi wanita, punca penceraian disebabkan oleh tiada persefahaman (38%), diikuti dengan suami curang (20.5%) dan suami tidak bertanggungjawab (15.2%).

Mengambil contoh dari statistik kajian berkenaan, pasangan Islam yang bercerai selepas tempoh perkahwinan kurang dari lima tahun di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berjumlah 2,932 kes antara 2013 hingga 2017.

Mengapa masalah seperti ini boleh terjadi?

Jika direnung kembali ketika tempoh mula berkenalan dan bercinta, setiap pasangan seolah-olah tidak boleh berenggang, sering mahu bersama dan sentiasa wujud perasaan ‘berbunga-bunga’ setiap kali berjumpa. Perasaan yang sama juga sering membuai sehinggalah mereka mula berumah tangga.

Namun selepas beberapa tahun usia perkahwinan, pasangan semakin kurang bermesra dan lupa kuasa suatu pelukan.

Apa kata, mulai hari ini, kita kembalikan semula perasaan seperti baru bercinta dengan memeluk pasangan kita sekurang-kurangnya 10 saat supaya keharmonian rumah tangga sentiasa terjaga. Pelukan sebegini boleh diamalkan untuk anak-anak supaya mereka sentiasa merasa kasih.

Menurut teori Freudian Bade, setiap pelukan mampu memberi seorang perempuan keyakinan bahawa pasangan mereka sentiasa ada bersama dan mampu menenangkan mereka.

Di bawah kami senaraikan keajaiban setiap pelukan pada tubuh badan seseorang.

  • Kekebalan badan meningkat

Hasil kajian yang diterbitkan oleh Sage Journals mendapati 400 orang dewasa yang dijangkiti virus demam kembali sihat seperti sedia kala selepas menerima pelukan daripada pasangan masing-masing yang turut menjaga dan memantau keadaan mereka.

  • Menurunkan tekanan darah

Walaupun tiada bukti saintifik mengaitkan pelukan dan kesembuhan terhadap penyakit tekanan darah tinggi, mereka yang mempunyai masalah ini dianjurkan untuk sentiasa dipeluk kerana ada hubung kait definitif sehingga mampu menurunkan tekanan darah.

  • Melancarkan denyutan jantung

Satu kajian dijalankan oleh School of Medicine di University of North Carolina dengan membahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diletakkan bersama pasangan masing-masing, diminta berpegangan tangan dan memeluk pasangan sambil menonton filem romantik. Satu kumpulan lagi dibiarkan sendirian tanpa pasangan tanpa menonton filem romantik.

Kedua-dua ahli kumpulan diminta membicarakan tentang satu situasi yang menegangkan kerana pada waktu ini mampu memperlihatkan tekanan darah dan denyutan jantung mereka.

Hasilnya ahli dari kumpulan kedua menunjukkan peningkatan drastic dalam tekanan darah mereka – lebih daripada 24 poin bacaan sistolik.

  • Meningkatkan tahap libido

Saat pasangan berpelukan, ada satu hormon dikenali sebagai dopamine – yang bertindak meransang hormon seksual.

Berpelukan mampu meningkatkan tahap libido sehingga anda berasa mahu terus bermesra dengan pasangan.

Demikianlah kelebihan pelukan yang mungkin ramai antara kita sering memandang enteng. Apa lagi, jom peluk pasangan dan anak-anak kita sekerap yang mungkin!

error0