KETAHUI 6 HINT YANG ANDA KENA CARI KERJA BARU!

Setiap orang mempunyai minat yang berbeza dalam pekerjaan yang dilakukannya.

Boleh jadi ada yang bekerja di dalam bidang yang memang dipelajarinya di universiti, selain menanam impian untuk menjadi apa yang dicita-citakan semenjak kecil.

Namun, ada juga yang bekerja di bidang lain, berbeza dengan kepakaran yang dimilikinya.

Itulah dinamakan rezeki.

Ada yang bekerja genap 8 jam sehari, ada juga yang terpaksa bekerja lebih masa, pulang lewat malam kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan.

Amat penting untuk setiap individu berasa enjoy dengan apa yang dilakukannya, lebih-lebih di pejabat kerana di situlah dia menghabiskan banyak masa sepanjang hari bekerja.

Ada yang seronok dengan kerjanya, selain mendapat rakan sekerja dan bos yang sporting.

Ada juga yang stress apabila setiap kali masuk office, namun dipendamnya secara senyap-senyap. Tapi, sampai bila kan?

Ada yang berusaha mengubah keadaan di pejabat namun tidak membuahkan hasil. Mungkin inilah masanya untuk anda bertukar environment atau kerja yang baru.

Jika anda sedang berdepan dengan 9 tanda ini, silalah update resume dan tiba masa bertukar kerja baru!

1.Dapat bos tiada pengalaman

Nasib tak baik kalau dapat bos yang tidak cekap mengendalikan staf di bawah dan kurang faham apakah tugasan yang perlu dilakukannya.

2. Syarikat asyik rugi

Terdapat satu kajian menunjukkan sebanyak 71 syarikat kecil menutup operasinya selepas 10 tahun.

Jika anda perasan ramai staf angkat kaki selepas bosan sukar buat claim, tiada increment, maka cepat-cepatlah cari kerja baru.

3. Bos suka cari salah

Yang ini paling ramai yang bengang, kan? Dah buat tugasa sehabis baik tapi ada saja yang tak kena dimatanya.

Walaupun diadukan kepada pihak tertinggi syarikat, tiada tindakan diambil terhadap bos sebegini.

4. Menyampah nak pergi kerja

Sampai satu tahap anda rasa tak boleh terima dengan environment dan sistem kerja di syarikat anda.

Ini amat berbeza dengan monday blues ya.

5. Susah naik pangkat

Selepas beberapa berkhidmat, pastinya pekerja mahu dirinya diiktiraf dan ditawar kenaikan pangkat dan gaji.

Namun kalau 10 tahun buat benda sama, posisi yang sama, gaji yang sama, siapa yang tak bengang kan?

6. No balance in life

Perlu ingat! Anda perlu bijak mengendalikan masa bekerja dan masa bersama keluarga. Kalau hari-hari asyik balik lambat sebab meeting tak habis-habis, kerja bertimbun, ini pasti akan memberi kesan kepada diri anda dan ahli keluarga.

Adakah anda mengalami perkara-perkara di atas?

Walaubagaimanapun, jika berhenti dari syarikat sekarang adalah perkara terbaik untuk anda, sebaik-baiknya lakukan secara berhemah.

Hantar surat peletakan jawatan dengan baik, minta maaf dengan bos dan rakan-rakan, dan tinggalkan office itu dengan hati yang tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *