CARA UNTUK TIDUR DENGAN BERKUALITI

Dengan tidur yang cukup dan berkualiti ia pasti akan membantu anda menjadikan tubuh badan lebih bersemangat keesokan harinya. Seterusnya memberikan kesan yang baik kepada aktiviti harian anda. 

Telah terbukti tidur yang tidak cukup tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai penyakit. 

Terdapat dua jenis individu, satu yang mudah tidur iaitu letak kepala di atas bantal terus tertidur, dan satu jenis lagi yang sukar untuk tidur dan kadang-kala sehingga memerlukan ubat untuk tidur lena. Anda kategori yang mana?

Di sini kami kongsikan cara-cara untuk tidur lebih baik dan berkualiti. 

1.Matikan telefon, tablet dan alat elektronik

Cara pertama untuk memastikan tidur tidak terganggu adalah dengan mematikan alat elektronik yang ada di sekitar anda. Telefon mungkin telah menjadi sebahagian daripada hidup anda, namun membatasi waktu penggunaan alat elektronik adalah penting bagi memastikan tidur lebih baik. 

2.Kurangkan tidur siang

Tidur siang yang berlebihan memberi kesan kepada kualiti tidur di waktu malam. Jika anda benar-benar keletihan, limitkan tidur siang hanya 20 minit sahaja. 

3.Elak minum minuman berkafein

Jika anda sudah biasa meminum air berkafein sebelum tidur, elakkan kerana kandungan kafein boleh melambatkan anda tidur. Juga elakas kafein yang mungkin ada dalam kandungan makanan lain seperti coklat.

4.Bersenam di siang hari

Bersenam adalah penting untuk memastikan tidur yang berkualiti. Namun lakukannya di siang hari kerana fakta membuktikan senaman 3 jam sebelum sebelum tidur boleh megganggu tidur di malam hari kerana adrenalin akan membuat anda terjaga semalaman.

5.Tidur dengan selimut

Tidur dengan memakai selimut adalah salah satu cara untuk menyamankan tidur anda. Selimut berfungsi seperti sebuah pelukan hangat yang mendorong untuk tidur lebih nyenyak. 

6.Tutup lampu

Seseorang akan lebih cepat tertidur dalam suasana yang minima cahaya atau gelap. Cahaya, walau hanya sedikit akan mengganggu hormon dan membuatkan otak untuk tetap terjaga. 


7.Tidur dan berjaga pada waktu sama setiap hari

Apabila kedua hal ini bisa menjadi rutinitas harian Anda akan membantu kondisi tubuh untuk tertidur lebih cepat dengan menciptakan kebiasaan atau ritme sirkadian.

8.Pakai pakaian yang selesa dan bersesuaian

Mengenakan pakaian yang selesa akan membantu untuk tidur lebih cepat, dan ini pun menjadi salah cara yang efektif dan mudah untuk  tidur lebih lena. Pakailah baju tidur yang longgar dan ringan untuk memastikan keselesaan tidur.

9.Betulkan posisi tidur anda

Demi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, posisikan tubuh anda pada posisi yang paling baik. Posisi tidur adalah penting kerana bantal yang dapat menampung kepala dan leher dengan selesa.

Bila anda sudah menemui posisi yang baik, jadikan kebiasaan setiap malam supaya cepat tidur dan berkualiti. 

Apabila sudah menemukan posisi yang baik, lakukan setiap hari dan jadikan kebiasaan setiap malam supaya cepat tidur.

10.Wangian Aromaterapi

Aromaterapi mampu menenangkan tubuh. Ada banyak aroma yang tersedia yang dapat membantu anda untuk rileks dan mempersiapkan diri untuk tidur seperti vanilla, lavender, kayu cendana dan banyak lagi. 

Semoga bermanfaat. Klik link share!