NAK GAYA HIDUP SIFAR SAMPAH? JOM BACA!

BANYAK sampah di rumah? Tiap hari asyik buang sampah je? Lagi-lagi yang duduk apartment perlu berulang alik turun buang sampah. Dah la berat, busuk pula tu.

Jelas pelbagai usaha dan kempen dilaksanakan oleh pelbagai pihak tidak kira pihak NGO mahupun kerajaan untuk menghebahkan cara menguruskan sampah dan cara untuk kitar semula. 

Namun, mengapa kita tidak fikirkan cara untuk menghapuskan sampah tersebut dengan menggunakan bahan yang boleh digunakan berulang kali?

BP tertarik dengan budaya yang cuba diterapkan melalui produk yang dipasarkan oleh Ecokit Malaysia (Ecokit.my).

Ecokit.my ingin menerapkan budaya menggunakan barang yang boleh dikitar semula dalam masa yang sama boleh mengurangkan jumlah penggunaan sampah dalam kehidupan harian kita. 

Ecokit.my merupakan satu usaha untuk menggantikan bahan yang sering digunakan hari ini iaitu plastik pakai buang dengan bahan yang boleh digunakan berulang kali.

Contoh mudah, seperti membawa bekas makanan ke pasar ramadhan untuk tapau lauk berbuka puasa. Lepas digunakan bekas itu boleh dicuci dan digunakan kembali. Sampah pun berkurangan kan!

Contoh penggunaan plastik setiap hari
Dari kiri; Nadia Mohd Rustham, Nurul Huda Abdul dan Norbiakma Abdul Rashid

Perniagaan yang diusahakan oleh tiga orang ibu, Nadia Mohd Rustham, Norbiakma Abdul Rashid dan Nurul Huda Abdul Rahim ini adalah untuk mengubah gaya hidup orang ramai melalui gaya hidup sifar sampah (Zerowaste).

Terdapat 4 asas yang diterapkan iaitu melalui kempen Ecokit.my iaitu;

  1. Hapus penggunaan straw plastik
  2. Hapus penggunaan bekas minuman plastik
  3. Hapus penggunaan beg plastik 
  4. Hapus penggunaan plastik bagi pengisian sayur-sayuranan dan buah-buahan

Melalui kempen ini, Ecokit.my memperkenalkan pakej produk Ecokit Basic Kit iaitu terdiri daripada;

  1. Straw Stainless Steel
  2. Bekas minuman Stainless Steel
  3. Beg Runcit  (Grocery Bag)
  4. Beg Hasil (Produce Bag)
Produce Bag
Grocery Bag

Nadia berkata, “daripada empat item asas ini, cuba fikirkan betapa banyak penggunaan single use plastik yang kita boleh elak. Bayangkan juga selama ni berapa banyak plastik sudah kita buang ke dalam planet bumi kita yang sebenarnya mengambil masa lebih 500 tahun untuk mereput atau terhapus.”

Juga baca artikel mengenai plastik di sini.

Bekas Minuman Stainless Steel
Straw Stainless Steel

“Insiden haiwan laut seperti penyu dan ikan paus yang mati dan semakin pupus hanya kerana memakan sisa plastik di laut banyak menyedarkan kami supaya tindakan harus diambil. Generasi terdahulu mampu hidup tanpa kewujudan plastik, mengapa kita tidak boleh kan?” katanya lagi.

Terap Budaya Menjaga Alam Sekitar Daripada Rumah.

Kesedaran menjaga alam sekitar perlu disemai bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan mendidik anak-anak kerana mereka adalah generasi yang bakal mewarisi bumi pada masa depan. 

“Budaya menjaga alam sekitar harus bermula dari rumah. Bukan sekolah, bukan di tempat lain.”

“Jika di rumah kita sudah terapkan kepada anak-anak dengan menunjukkan contoh yang sepatutnya seperti mengasingkan sampah dan beritahu mereka mengapa mereka melakukannya untuk menjaga alam sekitar, ia akan memberi impak yang besar kepada kehidupan, pemikiran dan gaya hidup mereka sehingga dewasa.”

Tegas Nadia lagi, planet Bumi adalah untuk dikongsi bersama anak, cucu dan cicit kalau tidak jaganya daripada sekarang, apa yang akan ditinggalkan untuk mereka hanyalah bumi yang penuh sisa.

Sememangnya amalan kitar semula adalah pendekatan untuk mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dilupuskan.

Namun, kadar kitar semula di Malaysia masih di tahap rendah. Hanya 15 peratus rakyat Malaysia mengamalkan kitar semula walaupun pelbagai inisiatif telah diambil pihak berwajib untuk menggalakkan kesedaran alam sekitar, antaranya pengasingan sisa pepejal mulai 1 September 2015 dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).

We need to change.

Our lifestyle need to change.

Our mindset need to change. 

Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Rot.

“Small changes eventually lead to great result.” -@ecokit.my

Produk ini boleh didapati di Instagram @ecokit.my atau Whatsapp +60125070505 untuk maklumat lanjut.

Promosi terhad sehingga 15 Jun 2019


error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *