BUNUH SITI MASITAH, PENGANGGUR WARGA KEMBOJA DIHADAP KE MAHKAMAH

SEORANG lelaki warga Kemboja dihadapkan ke Mahkamah majistret Rompin hari ini atas pertuduhan membunuh Siti Masitah, 11 tahun yang mayatnya ditemui di kawasan padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan. 30 Januari lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Amirul Abdullah, 23, yang juga merupakan seorang penganggur ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.

Mohd Amirul didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh, Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Ahmad Nadri, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Deniel Roslan.

Majistret menetapkan 25 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Untuk rekod, Siti Masitah ditemui pada 9 Februari lalu pada jam 4 petang dalam keadaan tidak sempurna dan dipercayai telah dibunuh lebih dari seminggu. Kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu dan keluarganya membuat laporan polis pada hari yang sama.

Suspek ditahan pada 31 Januari pada jam 2 pagi untuk membantu siasatan, sebelum dirinya mengakui kepada polis membunuh mangsa kerana dendam.

error0