khasiat halia

BUKAN SEKADAR PENYEDAP MASAKAN, INI KHASIAT HALIA YANG ANDA PERLU TAHU!

HALIA antara bahan penting dalam setiap masakan. Tanpanya, masakan seolah-olah hilang kesedapannya.

Ada banyak khasiat halia yang anda sangat digemari oleh masyarakat Cina. Ia dipercayai mampu menyembuhkan banyak penyakit dan dapat menambahkan tenaga seseorang.

khasiat halia

Di bawah adalah 10 khasiat halia yang perlu anda tahu.

  1. Mengurangkan rasa mual
    Buat wanita mengandung yang sering mengalami morning sickness, cuba amalkan minum air kosong yang diletakkan sedikit hirisan halia atau cari gula-gula berperisa halia. Jangan risau, halia tidak akan membahayakan kandungan anda.
  2. Meningkatkan kadar penyerapan
    Halia sering dijadikan tumisan dalam makanan. Ini kerana ia boleh merangsang selera makan seseorang dan menjadikan sistem pencernaan dalam badan bersedia untuk menerima makanan.
  3. Menjadikan aliran darah normal
    Kandungan magnesium, zink dan kromium membantu aliran darah lancar dan mengelakkan seseorang berasa tidak sihat seperti demam.
  4. Melegakan kesakitan
    Tahukah anda halia merupakan painkiller yang paling mujarab?
  5. Elak masalah pernafasan
    Halia membantu anda yang mengalami sesak nafas, batuk dan ketidakselesaan pada paru-paru. Caranya, minum air yang diletakkan potongan halia.
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
    Amalkan makan halia pada setiap pagi kerana ia dipercayai boleh menjauhkan anda dari terkena serangan strok. Halia berperanan memecahkan sel lemak yang berkumpul dalam salur darah dan mengelakkan jangkitan bakteria dalam perut.
error0
Tweet 20