BUDAK COMEL INI BAWA BANGKAI ANAK AYAM KE HOSPITAL MINTA DIRAWAT, MERAYU MINTA DISELAMATKAN

GAMBAR seorang kanak-kanak lelaki membawa bangkai anak ayam di tangannya menjadi tular di laman sosial seluruh dunia.

Turut kelihatan pada gambar itu adalah kepingan duit yang dipegang kanak-kanak comel itu.

Kanak-kanak berkenaan, Derek C Lalchhanhima, 6, yang berasal dari Sairang, India dikatakan membawa bangkai anak ayam itu ke hospital dan merayu supaya doktor dapat menyelamatkan binatang berkenaan.

Dikatakan ayam itu mati kerana dilanggar basikal.

Terlebih dahulu Derek merayu kepada ibu bapanya untuk membawa anak ayam itu ke hospital.

Perbuatan Derek itu dirakam oleh seorang staf hospital berkenaan dan berkongsi di laman sosialnya hingga mendapat ribuan perkongsian.

Staf hospital itu memberitahu mereka tidak dapat melakukan apa-apa terhadap anak ayam berkenaan. Penerangan itu menyebabkan Derek menangis. Dia bagaimanapun diberikan 100 rupee oleh staf hospital itu.

Ibu bapa Derek menerangkan kepadanya bahawa anak ayam itu tidak dapat dihidupkan kembali, begitu juga hospital tidak dapat melakukan apa-apa rawatan.

Sifat perikemanusiaan Derek itu mendapat perhatian pihak sekolahnya yang memberikan anugerah khas kepada kanak-kanak tersebut.

error0