BUDAK 2 TAHUN TINGGAL LEBIH SEMINGGU DENGAN MAYAT IBU, AYAH

SUSULAN bau busuk dari sebuah rumah, pasukan kecemasan memecah masuk ke sebuah rumah pangsapuri selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Kejadian dilaporkan di sebuah daerah di Ukraine.

Lebih mengejutkan, mereka bukan sahaja menemui mayat sepasang suami isteri, pasukan keselamatan turut menemui seorang kanak-kanak berusia dua tahun di rumah itu.

Kanak-kanak perempuan itu, bernama Alexandra, dipercayai hidup bersama mayat ibu dan bapanya lebih dari sembila hari.

Menurut laporan, ibu bapa Alexandra kali terakhir dilihat pada 2 Mei lalu selepas kedua-duanya berbalah.

Punca kematian pasangan suami itu tidak dijelaskan oleh pihak hospital.

Sementara itu Alexandra ketika dijumpai berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga sukar untuk berdiri dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

error0
Tweet 20