BUAYA ‘TEWAS’ DITELAN ULAR SAWA

FOTO berkenaan dirakan oleh Martin Muller ketika sedang berkayak di sebuah kawasan paya di Queensland, Australia.

Berkongsi kejadian ular sawa menelan seekor buaya di laman Facebooknya, Muller menerima lebih dari 10,000 respon dari orang ramai.

Rata-rata mereka meluahkan rasa kagum dan ada juga yang hairan bagaimana buaya tewas dengan seekor ular.

“Ini sangat hebat, kerana saya fikirkan buaya yang akan menang,” kata seorang pengguna Facebook.

Ular sawa itu berasal dari keluarga Olive dan merupakan yang kedua terbesar di Australia.