(VIDEO) BUAT BISING SEBAB LAPAR, PELANGGAN DI KFC BERGADUH

TULAR di Twitter sejak sehari lalu adalah rakaman video berdurasi 2 minit 20 saat memaparkan tindakan dua lelaki yang mengamuk dan membuat bising kerana terpaksa menunggu pesanan di restoran makanan segera, KFC.

Dipercayai kedua-dua lelaki itu diminta menunggu selama 25 minit sebelum pesanan mereka disiapkan.

Bagaimanapun, akibat lapar, mereka mula membuat bising dan mengganggu ketenteraman beberapa pelanggan restoran berkenaan.

Akibat tidak berpuas hati, seorang lagi lelaki memarahi dua lelaki berkenaan dan meminta mereka menghormati pelanggan lain yang sedang menjamu selera.

Video itu mendapat lebih dari 108,000 tontotan dan lebih dari 3,800 retweets.

Rata-rata pelayar Twitter melahirkan rasa berang mereka terhadap dua lelaki berkenaan yang membuat bising apatah lagi pekerja restoran itu perlu memasak ayam yang baru dan mengambil sedikit masa jika kehabisan.

error0
Tweet 20