BOSAN SINGLE? AYUH CARI PASANGAN DENGAN FACEBOOK DATING

LAMAN sosial Facebook akan memperkenalkan aplikasi terbaru dikenali sebagai Facebook Dating bagi membantu anda mencari pasangan.

Malaysia, antara negara yang akan diperkenalkan dengan ciri terbaru berkenaan selain Vietnam, Singapura, Filipina dan Peru.

Fidji Simo, Ketua Aplikasi FB berkata Facebook Dating dapat membantu pengguna mencari rakan baru dan mempermudahkan tjuan mencari jodoh.

Dijamin selamat dan berbeza dengan ciri FB sedia ada, Facebook Dating juga menerima perkembangan positif di beberapa buah negara yang terlebih dahulu diperkenalkan seperti Kanada, Mexico, Thailand dan Argentina.

Secret Crush, ciri yang diperkenalkan akan membolehkan anda explore peluang hubungan romantik di kalangan rakan-rakan sedia ada.

Pengguna boleh memilih sembilan kenalan di FB yang dirasakan berpotensi untuk menjadi lebih rapat menerusi ciri Secret Crush dan akan dimaklumkan kepada seseorang itu dan jika dia juga turut meminati si pengguna, dan dia boleh membuat permintaan untuk berkawan di Secret Crush.