puasa ganti dan sunat

BOLEHKAH SAYA PUASA GANTI DISEKALIKAN DENGAN PUASA ENAM?

Gambar kredit : Al Jazeera

Ada ramai lagi yang masih keliru dengan hukum menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan dengan menunaikannya secara serentak dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

Di sini kami sediakan jawapan di sebalik kekeliruan anda.

Mana-mana umat Islam yang mengerjakan puasa Ramadhan dituruti dengan puasa enam di bulan Syawal maka mereka akan memperolehi ganjaran pahala menyerupai puasa sepanjang tahun.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu’anhu :

Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Muslim).

Menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkan sama ada secara sengaja atau disebabkan keuzuran adalam wajib hukumnya.

Namun, bagi mereka yang ingin menggantikan puasa Ramadhan, mereka boleh sahaja berpuasa sekali dengan puas-puasa sunat yang lain, seperti puasa enam Syawal, puasa hari Arafah, puasa asyura dan puasa di bulan Syaaban malah puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis.

Perlu jelas bahawa sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa di bulan Ramadhan dan ingin menyekalikan puasa ganti dan puasa enam Syawal – hukumnya adalah haram! Melainkan dia selesai menggantikan puasa yang ditinggalkan secara sengaja itu.

Bagi mereka yang ingin mengqadhakan puasa atas sebab keuzuran sekali dengan puasa sunat seperti puasa enam Syawal, bolehlah berniat bagi kedua-dua puasa seperti di bawah :

Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.

Seseorang yang menyekalikan puasa qadha dan sunat akan mendapat dua ganjaran pahala iaitu pahala puasa qadha dan pahala puasa sunat.

Semoga bermanfaat!

error0
Tweet 20