pakaian untuk solat

BOLEHKAH PAKAI BAJU TIDUR UNTUK BERSOLAT?

MASIH ramai yang memandang enteng soal hukum-hakam dalam melaksanakan perintah Allah SWT, terutama dalam bersolat.

Berbanding solat waktu yang lain, solat Subuh mungkin dianggap berat bagi mereka yang tidur pada lewat malam, sehinggakan apabila bangun untuk bersolat tidak membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Kesudahannya, solat Subuh ditunaikan tanpa melihat kepada keadaan diri dan hanya memakai pakaian tidur.

Ada perkara yang perlu dititik beratkan setiap orang Islam sebagai syarat sah solat, iaitu yakin masuk waktu solat, membersihkan badan, tempat solat, pakaian untuk bersolat, suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dengan sempurna dan menghadap kiblat.

Pastikan pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat adalah bersih daripada segala jenis najis, berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (al-Muddatthir).

Maka, pilihlah pakaian terbaik untuk bertemu dengan Allah, pemilik segala alam.

error0