COVID-19: KESAN KEPADA IBU HAMIL DAN BAYI DALAM KANDUNGAN?

Lebih daripada 130 juta wanita melahirkan seluruh dunia setiap tahun.

Apakah koronovirus ini memberi kesan kepada ibu hamil dan bayi atau janin yang dikandungkan?

Semasa kehamilan, perubahan dalam sistem imun menjadikan wanita umumnya lebih mudah terdedah kepada jangkitan pernafasan. 

Baru-baru ini, Kerajaan England mengumumkan bahawa wanita hamil mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti koronavirus.

Pegawai perubatan perubatan Public Health, England, Chris Whitty berkata mereka yang dalam dikategorikan “tinggi risiko” harus tinggal di rumah selama 12 minggu.

Ini termasuk orang yang berumur lebih dari 70 tahun, orang yang mempunyai keadaan kesihatan dan wanita hamil.

Whitty nasihati kepada wanita hamil supaya mengambil langkah berjaga-jaga kerana masih awal untuk mengetahui apakah risiko sebenar virus bahaya ini.

BACA: FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG KORONAVIRUS

Namun apa yang diumumkan tersebut tidak selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada 16 Mac, “Tidak ada bukti menunjukkan bahawa wanita hamil yang mempunyai simptom berisiko tinggi”

Gambar Hiasan

Menurut Dr. Amir Khan, pengamal am di Bandar Bradford Utara England yang juga merupakan seorang Pensyarah Kanan di Leeds and Bradford University pula mengatakan mereka yang mempunyai imunisasi rendah, seperti wanita hamil, semakin berisiko tinggi untuk mengalami radang paru-paru dan mengalami masalah pernafasan.

Adalah itu membuktikan bahawa ibu hamil mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti koronovirus?

Pada 28 Feb, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menerbitkan analisa bagi 147 wanita hamil (64 daripada mereka disahkan mempunyai coronavirus, 82 yang disyaki dan yang tidak mempunyai gejala) dan mendapati bahawa 8% mempunyai keadaan yang teruk dan 1% sakit kritikal. 

Kebanyakan pesakit (kira-kira 80%) pulih dari penyakit tanpa memerlukan rawatan khas tetapi satu daripada setiap enam orang yang dijangkiti koronavirus semakin kritikal dan mengalami kesukaran bernafas.

Bolehkah koronavirus menyebabkan komplikasi semasa mengandung?

Belum ada bukti menunjukkan bahawa wanita hamil yang dijangkiti dengan koronavirus berada pada risiko keguguran.

Juga tiada kajian membuktikan bahawa virus itu boleh dijangkiti dan memberi kesan kepada janin atau bayi ibu yang hamil, menurut artikel yang dikeluarkan oleh Royal College of Obstetrics and Gynecology di United Kingdom pada 18 Mac.

Apabila satu laporan di London pada 14 Mac, seorang bayi yang baru lahir serta ibu diuji positif koronavirus ianya tidak dijelas bagaimana penyakit itu dijangkiti semasa dalam rahim, atau selepas kelahiran.

BACA: KORONAVIRUS BOLEH HIDUP DIUDARA?

“Semua bukti dan kajian menunjukkan tiada virus yang boleh ditemui dalam cairan amniotik atau plasenta. Tetapi kita tahu bahawa jenis koronavirus lain boleh didapati di plasenta, “kata Khan.

Gambar Hiasan

Kajian diterbitkan di The Lancet pada 12 Feb, meninjau sembilan wanita yang mengandung koronavirus positif pada trimester ketiga mereka di Wuhan China-pusat episenter asalnya-dan mendapati tiada bukti bahawa virus itu di pindahkan dari ibu kepada janin.

“Sehingga kini, risiko utama bagi wanita hamil adalah sama untuk semua orang,” kata Denise Jamieson, Ketua Ginekologi dan Obstetrik di Pusat Kedoktoran Emory University.

error0
Tweet 20