pelihara kucing

BOLEH BELA KUCING, TAPI JANGAN SAMPAI MENYUSAHKAN KELUARGA, JIRAN

MUFTI Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam yang membela kucing di rumah agar tidak menimbulkan masalah sehingga menyusahkan keluarga dan jiran.

Ujarnya, pemilik haiwan peliharaan perlu menjaga dengan terurus dan tidak membiarkan ia bebas ke rumah jiran dan membuang najis di situ.

“Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain,” katanya menjawab soalan jemaah pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini, malam tadi.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

error0