BERBOGEL DEMI EKPERIMEN SENI BERSAMA RANGKA BAPA

SEORANG pemuda menjadi mangsa kecaman warga Internet apabila bertindak bergambar secara bogel dengan rangka mayat bapanya yang digali dari kubur.

Siyuan Zhuji, merupakan seorang artis dari China.

Sesi fotografi itu dilakukan pada Mac lalu.

Siyuan memberitahu sesi fotografi bersama ‘ayahnya’ itu menerbitkan satu perasaan yang sukar digambarkan memandangkan ketika ayahnya meninggal dunia akibat kanser hati, dia baru berusia tiga tahun.

Kontroversi membabitkan tindakannya itu berpunca dari sesi fotografi yang melibatkan dirinya berbogel.

“Saya memang mahu berbogel kerana itulah cara kita dilahirkan dan itulah caranya juga kita meninggalkan dunia ini,” katanya.

Siyuan memuatnaik gambar berkenaan ke laman web Weibo dan Artand pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun selepas gambar itu tular dan mendapat kecaman, akaun Weibo Siyuan digantung serta-merta.

error0