kesihatan mental lelaki

BERBANDING WANITA, LELAKI LEBIH KERAP MENGALAMI EMOSI TAK STABIL

WANITA sering dianggap mudah mengalami ketidakstabilan emosi, berpunca dari pelbagai faktor seperti hormon, tekanan tempat kerja dan keletihan.

Namun tahukah anda, golongan lelaki sebenarnya paling ramai mengalami gangguan emosi berbanding wanita.

Pakar Psikologi Klinikal, Farah Putrinegara Ahmad Bahrom Titingan berkata, kebanyakkan lelaki gemar menyembunyikan masalah yang dihadapinya kerana tidak mahu dilabel sebagai individu lemah.

Malah, perasaan ego juga menjadi punca mereka enggan meluahkan apa yang sedang dihadapi.

Ini sekaligus menyukarkan golongan ini sukar dikesan mengalami gangguan emosi atau kesihatan mental.

“Secara luaran, golongan ini tidak nampak jelas mengalami masalah kerana keperibadian mereka tidak mencerminkan sifat sebenar.

“Ini kerana lelaki lebih cenderung menyembunyikan kesusahan malah gangguan emosi dialami berbanding wanita lebih mudah dilihat pelbagai sudut seperti raut wajah, perilaku, percakapan dan gerak tubuh,” ujarnya.

kesihatan mental lelaki

Gangguan emosi secara umumnya tidak mengira usia, malah boleh berlaku ketika di awal usia kanak-kanak.

Namun keadaan akan menjadi lebih parah di kalangan warga emas jika tiada rawatan atau kawalan diberikan lebih awal.

Kadar kejayaan untuk mengatasi gangguan emosi pula bergantung kepada rawatan psikoterapi, gaya hidup yang sihat dan pengambilan ubat-ubatan.

error0
Tweet 20