BERANG BELI TILAM BARU, MENANTU BAKAR MERTUA HINGGA MATI

SEORANG wanita maut setelah dibakar oleh menantunya hanya kerana iri hati mengetahui mangsa membeli tilam baru.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu di Malang, Indonesia.

Terdahulu, mangsa, Lusmini, 57, dikatakan membeli tilam baru untuk kegunaan dirinya dan suami, Suparman.

Bagaimanapun perkara itu mengundang rasa tidak puas hati menantu lelakinya, Nurul Mutholib, 30 sehingga menyiram Lusmini dengan petrol dan membakarnya hidup-hidup.

Ketika kejadian, Lusmini dipercayai tinggal seorang di rumah manakala Suparman menunaikan solat Jumaat.

Lusmini sempat keluar dari rumah untuk meminta pertolongan dan jiran segera membantu dengan memadamkan badannya dengan tuala basah.

Mangsa dibawa untuk rawatan di Hospital Saiful Anwar, Malang sebelum disahkan meninggal dunia.

Dipercayai Lusmini dan Nurul sering bertengkar sejak dua bulan lalu.

Suspek ditahan polis tidak lama selepas kejadian sejurus ditemui di kawasan hutan untuk bersembunyi kerana khuatir dipukul orang kampung.

error0