BENARKAH MAYAT MENJADI BERAT JIKA BERBARING KETIKA AZAN?

RASANYA ramai di kalangan kita pernah terdengar akan kenyataan ini, yang kita diminta segera bangun dari posisi baring sekiranya terdengar bunyi azan.

Ada yang mengatakan larangan ini datangnya daripada hadith Nabi Muhammad SAW;

“Jangan kamu berbaring ketika azan kerana ia memberatkan jenazahmu.”

Sejauh mana kebenaran dan kesahihan hadith larangan berkenaan?

Perkara ini telah menjadi perbincangan ramai pihak yang mengkaji status dan kesahihan larangan berkenaan.

Jawapannya;

Para ulama hadith mengkaji dan mencari status hadith ini dan mereka tidak menemui darjat hadith ini.

Bagaimanapun, ada 2 kalam pakar hadith tentang fatwa tentang kisah baring ketika azan memberatkan mayat:

  1. Sheikh Al-Muhaddith Ali bin Hasan Al-Halabi
    Beliau berkata,

Tidak sahih sama sekali.

  1. Sheikh Abu Ihsan Aiysh Ihsan Al-Utaiby
    Beliau berkata,

kisah ini palsu dan tidak boleh dijadikan hujjah.

Jadi sebagai kesimpulannya, hadith yang menyebut larangan berbaring ketika azan ini bukanlah yang dikalamkan oleh Nabi Muhammad SAW dan ia adalah hadis palsu, yang mana ia diungkapkan oleh orang lain namun disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Tidak menjadi masalah untuk kita baring dan rehat ketika azan.

Tetapi menjadi masalah jika kita berbual-bual ketika azan. Isu ini akan dikupas di dalam posting yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *