ain afini bersalin

BEKAS ISTERI PU ABU SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI

AIN Afini Latif, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Shah Alam pada Jumaat lalu.

Perkara itu dikongsikan PU Abu melalui laman Instagramnya sambil meninggalkan beberapa pesanan buat putera sulungnya itu.

Dalam pada itu dia juga berterima kasih kepada Ain kerana menjadi kuat sepanjang menempuh dugaan kontroversi perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah tanggah 7 Jun jam 12.55 tengah hari telah lahir anak hebat dan putera sulung ini. Moha jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.

“Ayah mohon maaf sebab banyak buat salah pada awak di saat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi,” titipnya.

PU Abu turut memaklumkan dirinya menyambut kelahiran anak lelakinya itu dan membacakan azan.

Nama bayi berkenaan belum diputuskan lagi buat masa ini dan hanya diumumkan pada hari ketujuh selepas mereka sekeluarga melakukan acara akikah.

error0
Tweet 20