BEBERAPA NAMA CALON KPN BARU AKAN DISERAH KEPADA PM

SENARAI beberapa nama calon baru bagi mengisi jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalannya akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya hanya fokus kepada beberapa nama tertentu sahaja sebelum perdana menteri mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan.

Kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim akan berakhir pada Mei depan.

error0