BAYI PATAH HIDUNG KERANA KECUAIAN PRAMUGARA

NIATNYA harus dipuji, namun malang tidak berbau. Itulah nasib yang menimpa seorang pramugara apabila cuba membantu seorang wanita yang sedang mengangkat beg dan memegang bayinya.

Pramugara berkenaan meminta kebenaran dari si ibu untuk mendukung dan membawa turun bayi tersebut dari pesawat yang dinaiki mereka.

Bayi berkenaan berada dalam buai mudah alih namun secara tiba-tiba pramugara dan bayi itu terjatuh dari tangga pesawat sehingga menyebabkan bayi mengalami patah hidung.

Pengurusan syarikat penerbangan Rusia itu, Pobeda Airlines segera membuat permohonan maaf terhadap keluarga bayi malang itu dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden itu, selain melakukan siasatan dalaman.

error0