BAYI LAHIR DALAM BAS

SEORANG bayi perempuan selamat dilahirkan oleh ibunya di dalam sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Ipoh, semalam.

Wanita berkenaan dan suaminya menaiki bas tersebut dari Terminal Bersepadu Selatan (BTS) di Kuala Lumpur.

Ketika bas melepasi kawasan di Ladang Bikan di Sungkai pada jam 5.30 petang, wanita itu tiba-tiba merasa sakit perut dan segera memberitahu suaminya.

Suami wanita itu kemudian memaklumkan keadaan isterinya kepada pemandu bas dan menghubungi ambulans untuk bantuan.

Pemandu kedua bas berkenaan, Mohammad Faizal Sh Omar berkata bas kemudiannya berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah untuk menunggu bantuan kecemasan, selain wanita berkenaan dibantu oleh beberapa penumpang wanita semasa proses bersalin.

Kejadian tersebut tular di media sosial dengan beberapa keping gambar dan video dimuatnaik.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Tapah, semalam untuk meminta gambar dan video yang tular semasa kejadian di dalam bas itu tidak disebarkan secara meluas.

error0
Tweet 20