BAYI BERSAIZ PICAGARI ‘AJAIB’, TERUS BERTAHAN WALAUPUN NYARIS MAUT LIMA KALI

KEHADIRAN si kecil pastinya amat dinantikan pasangan suami isteri selepas sekian lama mendirikan rumah tangga. Berbeza kisahnya dengan Hanna Rose, 25, dari Workshop, Nottinghamshire yang melahirkan anaknya tiga bulan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin pada Julai 2018.

Bayinya selamat dilahirkan dengan berat kira-kira 600 gram dan panjangnya dianggarkan seperti picagari.

Sebaik dilahirkan, doktor memberi peringatan terhadap Hanna dan suaminya, Daniel Bownes, 27 bahawa anak mereka yang diberi nama George tidak mampu hidup lama kerana jangkitan meningtis dan sepsis sebanyak empat kali.

Apatah lagi George terus dipasang mesin sokongan selepas enam minit dikeluarkan dan diletak di dalam inkubator khas serta menerima pelbagai rawatan akibat penyakit yang boleh meragut nyawanya, termasuk lebih dari 20 kali pemindahan darah.

“George melalui pelbagai pembedahan segera dan kami tidak boleh menyentuhnya kerana keadaan kulitnya yang sangat nipis,” kata Hanna.

Bukan itu sahaja George turut menghidap necrotizing enterocolitis (NEC), atau dikenali sebagai usus mati di mana bayi ajaib itu telah hilang 40 peratus darah dan mengalami bengkak hati ketika pembedahan dilakukan.

Setelah dinasihatkan tentang riwayat anaknya tidak mungkin bertahan, pasangan ibu bapa itu menjemput seorang paderi untuk memberikan doa kepada George. Namun sekali lagi keajaiban berlaku apabila keadaan bayi itu semakin baik.

Kini George berusia Sembilan bulan dan tinggal di rumah bersama ibu dan bapanya, namun bergantung kepada tangka oksigen untuk bantuan pernafasan.

Bayi tersebut bakal menjalani pembedahan ketujuh untuk hatinya.

Sumber https://www.mirror.co.uk/news/uk-news/baby-born-size-needle-23-13979255

error0