BAYI 46 HARI MAUT DIDERA IBU DAN BAPA KANDUNG

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan! Sepasang suami dan isteri tergamak mendera bayi mereka sendiri yang baru berusia 46 hari sehingga maut.

Kejadian berlaku di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Bayi malang berkenaan dipercayai mengalami patah rusuk kanan dan kiri, lengan dan peha kiri selain terdapat kesan gigitan pada kedua-dua tangan mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, hasil bedah siasat mendapati bayi itu cedera akibat dari hentakan menggunakan objek keras dan tumpul.

Mangsa dibawa ke hospital oleh bapanya sendiri setelah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Kedua-dua pasangan suami isteri itu yang berusia 22 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

error0