BARU DAPAT GAJI TAPI MASIH TAK CUKUP. KENAPA YE?

HARI ini dapat gaji, terus bayar duit rumah, duit kereta, bil air, elektrik dan telefon bimbit, duit upah anak dan nafkah isteri. Belum tolak belanja minyak dan tol lagi.

Hujung minggu pula nak keluar bawa isteri dan anak-anak berjalan, membeli-belah barang keperluan rumah.

Haih… tak sampai seminggu rasa nak kosong semula poket. Nak tunggu hujung bulan lambat lagi.

Ada yang sampai tahap ikat perut kalau dalam bulan yang sama perlu perbaharui cukai jalan dan servis kereta. Aduhai…

Setiap rezeki yang kita perolehi merupakan nikmat dari Allah SWT, apatah lagi setiap pekerjaan yang seseorang manusia lakukan itu merupakan ibadar jika ia berlandaskan niat yang baik dan tidak melanggar batas agama.

Benar, kita sentiasa berasa tidak cukup dengan apa yang kita miliki. Ini mungkin merupakan petanda seseorang itu mendapat rezeki tanpa adanya keberkatan.

Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa mereka sering berasa sedemikian. Muhasabah diri, periksa diri di sebalik kekurangan yang mungkin tak kita sedari.

1.Kedekut
Ada yang berasa susah atau berkira-kira untuk membelanjakan sedikit harta pada jalan Allah SWT. Keadaan ini disebut sebagai infaq, contohnya dengan mengeluarkan zakat dan memberi sedikit rezeki kepada ahli keluarga.

Sentiasa beringat, semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang akan kita perolehi.

2.Abaikan ibu bapa
Adakah kita seorang yang jarang menelefon bertanya khabar atau balik ke kampung menjenguk ibu bapa? Jangan sesekali melupakan tanggungjawab kepada mereka. Kedua-dua orang tua kita telah bersusah payah untuk memudahkan kita pada hari ini. Jika ingin melakukan apa pekerjaan sekali pun, sentiasalah minta restu dan doa dari mereka.

3.Tidak solat
Solat merupakan satu cara utama untuk kita berhubung dengan Allah SWT. Bersungguh-sungguhlah dalam beribadat dan yakinlah dengan doa yang diminta kepada-Nya.

4.Jaga perbuatan
Sentiasa menjaga dan memelihara percakapan, pemikiran, pemandangan dan tindakan kita supaya sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.

5.Salahkan orang lain
Ada yang sibuk menuding jari terhadap orang lain sedangkan ia mungkin datang dari dirinya sendiri. Yang penting, ringkan mulut untuk meminta mmaf jika melakukan kesilapan.

error0