BAJU KESAYANGAN DIPENUHI TAHI LALAT? JOM HILANGKAN DENGAN 4 BAHAN MUDAH

CUACA lembap kadangkala akan menyukarkan baju-baju yang disidai lambat kering. Maka mulalah naik bintik hitam seperti tahi lalat akan muncul pada pakaian kita. Ia akan jelas kelihatan jika pakaian itu bewarna putih atau tidak bercorak.

Sakit hati dibuatnya, kan? Apatah lagi membabitkan baju kesayangan, confirm nampak kotor dan kesudahannya tidak lagi akan dipakai.

Jangan runsing, anda boleh menggunakan langkah-langkah di bawah untuk menghilangkan kesan tahi lalat pada pakaian anda dengan tiga bahan mudah ini, iaitu cuka, limau nipis, sabun dan air.

  1. Di dalam baldi berisi setengah liter air, campurkan setengah cawan cuka.
  2. Rendam pakaian yang terkesan dengan tahi lalat ke dalam campuran air tadi selama satu hari
  3. Selepas satu hari, cuci pakaian menggunakan sabun basuh baju.
  4. Sediakan baldi berisi air panas yang diperah dengan limau nipis. Jika tidak ada, boleh digantikan dengan lemon.
  5. Bilas pakaian dengan campuran air tadi.
  6. Biarkan selama beberapa minit.
  7. Cuci dengan menggunakan sabun.
  8. Bilas dengan air bersih.
  9. Jemur di tengah panas sehingga pakaian kering.
error0
Tweet 20