AYAH SANGGUP BERHENTI KERJA JAGA ANAK YANG HANYA ADA ENAM BULAN UNTUK HIDUP

IBU bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak mereka. Itulah gambaran yang sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri ini apabila anak kesayangan mereka menghidap leukemia semenjak empat tahun lalu, dan kini dikhabarkan oleh doktor bahawa anak mereka mempunyai tempoh enam bulan untuk hidup.

Mohd. Bukhori Md Yatim, 41, kini melepaskan pekerjaaannya sebagai juruteknik yang diceburinya selama 20 tahun semata-mata memberi sepenuh perhatian terhadap Fatimah Azzahra, 6.

Tugas mencari rezeki keluarga kini menerusi isterinya yang berkhidmat sebagai guru.

Menceritanya perihal Fatimah, Mohd Bukhori berkata anaknya disahkan menghidap penyakit itu pada 2015.

Dia telah membawa anak kelima dari tujuh beradik itu untuk pelbagai rawatan, pembedahan dan kimoterapi.

Fatimah pernah disahkan bebas dari penyakit itu selepas pemindahan tulang sum sum dilakukan di sebuah hospital di Kuala Lumpur, namun keadaan itu tidak bertahan lama apabila penyakit Fatimah kembali menyerang pada Februari lalu.

Mohd. Bukhori mengakui dirinya menangis setiap hari selepas mengetahui penyakit anaknya namun percaya kepada takdir Allah SWT.

Sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan, boleh disalurkan melalui akaun Maybank 114075797339 milik Mohd. Bukhori manakala dia boleh dihubungi di talian 019-2583984 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber gambar Utusan Malaysia.