AWAS, EJAKULASI PRAMATANG JUGA BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN

SELEPAS memiliki seorang cahaya mata, Aina dan suami merancang untuk mempunyai anak seterusnya dalam tempoh dua tahun akan datang, mengambil kira faktor kewangan dan mahu memberi tumpuan terhadap anak. Aina, yang juga eksekutif jualan di sebuah syarikat bagaimana tidak menggunakan atau memakan sebarang alat mencegah kehamilan, atas alasan takut. Pasangan suami isteri itu hanya menggunakan kaedah ejakulasi luar faraj, atau dalam bahasa mudahnya dikenali sebagai ‘pancut luar’ apabila bersama.


Anaknya baru menginjak 9 bulan, namun telah disahkan hamil tiga minggu selepas dirinya lewat datang haid dan berjumpa doktor setelah melakukan ujian air kencing. Aina dan suami buntu, bagaimana kehamilan boleh terjadi?

Pakar Sakit Puan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Harlina Halizah Siraj mendedahkan kaedah ejakulasi luar faraj bukanlah satu kaedah terbaik untuk menjarakkan kehamilan apabila melakukan hubungan seks.

“Kaedah ini ada banyak gelaran dan biasanya ‘diajar’ rakan-rakan di pejabat. Penting untuk anda tahu pasangan yang mengamalkan kaedah ejakulasi luar rahim ini masih berpotensi untuk hamil, cuma jumlahnya lebih rendah.

“Ini kerana air mazi atau precum yang keluar sebelum klimaks berkemungkinan mengandungi air mani yang tinggal dalam salur kencing daripada ejakulasi sebelumnya,” katanya memetik laporan mStar.

Dr Harlina menggesa masyarakat terutama pasangan suami isteri yang mahu merancang mengetahui kesihatan seksual dan reproduktif, malah menegaskan keperluan mengambil alat pencegah kehamilan terutama bagi kaum wanita. Antaranya pil perancang, IUD, suntikan atau implan.

“Wanita masa kini tidak terdedah dengan method yang ada ditawarkan di hospital-hospital. Sesetengahnya ada yang lebih percayakan ubatan tradisional seperti jamu yang didakwa boleh merawat pelbagai penyakit dalam satu capsule.

“Mereka juga tidak gemar mengambil sebarang peralatan mencegah kehamilan kerana berpendapat setiap daripada kaedah itu mempunyai kesan sampingan dan sebagainya.

“Tak dinafikan setiap kaedah pasti akan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tapi anda tidak perlu bimbang kerana perkara-perkara itu boleh diatasi dengan mengikut nasihat serta panduan yang diberikan doktor,” tegasnya.

error0