menyusu badan

ATASI DILEMA BERPUASA DI KALANGAN IBU HAMIL DAN MENYUSU BADAN

SUDAH masuk minggu kedua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Berpuasa dapat membantu badan seseorang itu untuk berehat dan membuang segala kotoran dan toksin dari dalam.

Ia juga dipercayai mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit berkaitan sistem penghadaman, sekaligus merendahkan risiko memperolehi sakit jantung.

Bagaimana pula ibadah puasa bagi ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi? Adakah ibadah anda berjalan dengan lancar?

Sesungguhnya di dalam Islam, seorang wanita hamil dan menyusukan bayi diharuskan untuk berbuka jika khuatir dengan amalan puasanya memberi mudarat kepada dirinya dan bayi.

Bagi wanita hamil, cabaran yang paling dirasai ketika berpuasa adalah ketika usia kandungan berada pada 3 bulan pertama, dimana mereka kerap muntah, berasa pedih ulu hati, mual dan keletihan. Jika anda berdepan dengan tanda-tanda ini, amat dinasihatkan untuk tidak sesekali memaksa diri untuk terus berpuasa.

Berlainan pula bagi mereka yang hamil di trimester kedua dan ketiga, masalah kesihatan yang disebutkan di atas jarang berlaku sekaligus tidak mendatangkan masalah untuk mereka berpuasa.

Manakala bagi wanita yang menyusukan anak, perkara yang paling digusarkan adalah kualiti dan kuantiti susu badan mereka ketika berpuasa. Tidak digalakkan untuk berpuasa bagi ibu yang masih menyusukan anak di bawah usia 6 bulan.

Berbeza dengan ibu yang menyusukan anak di usia lebih dari 6 bulan kerana anak-anak sudah diberi makanan tambahan.

Beberapa kajian terhadap susu dan aktiviti puasa di kalangan ibu-ibu menunjukkan puasa dalam tempoh kurang dar 24 jam tidak mengganggu kuantiti susu si ibu. Begitu juga dengan kualiti susu tidak akan terjejas. Jika ada sekalipun, ia berpunca dari pengambilan makanan yang tinggi magnesium, kalium dan zink yang tidak mencukupi.

Apa yang boleh ibu hamil dan ibu menyusu boleh lakukan supaya kekal bertenaga?

  • Ambil makanan seimbang – Malah adalah penting untuk si ibu memastikan keperluan bayi mencukupi semasa bulan Ramadhan dengan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat serta pengambilan air yang mencukupi. Ambil makanan yang mengandungi tinggi prorein dan serat ketika bersahur dan berbuka.
  • Minum banyak air – Amat penting buat si ibu memastikan pengambilan air yang mencukupi agar organ dalaman dapat bekerja dengan baik dan menolong proses penghadaman dan pencernaan makanan dengan baik. Untuk memastikan si ibu tidak terhidrat, mereka juga disarankan mengurangkan aktiviti harian dan tidak terdedah dengan cahaya matahari.
  • Elakkan makanan manis seperti kuih-muih – Apa kata tukar juadah berbuka dengan kuih-muih manis dengan buah-buahan yang mempunyai sumber vitamin asli seperti buah-buahan yang mempunyai vitamin C.
  • Pastikan jadual pam susu konsisten
    Susu akan terhasil banyak jika bayi kerap menyusu – hasil daripada rangsangan daripada si anak dan memberi signal kepada hormon prolaktin. Anda perlu faham konsep demand dan supply.
  • Pam susu di waktu siang seperti biasa dan tambah sesi mengepam di waktu malam jika perlu. Malah ada hasil kajian menunjukkan hormon prolaktin bertambah di waktu malam.
  • Makanan tambahan – Untuk membantu si ibu kekal bertenaga sepanjang hari, anda boleh ambil suplemen sepanjang bulan puasa. Namun jangan anggap badan setiap manusia sama, kalau ada rakan anda makan suplemen A tidak semestinya badan anda serasi dengan produk yang sama. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu ya.
  • Positif dan tetapkan minda bahawa susu anda cukup! – Jangan jadikan diri anda stress dengan imaginasi susu badan berkurangan ketika berpuasa dan tidak mencukupi untuk anak. Ingat, jika anda tertekan, ia menjadi punca kepada susu badan semakin berkurangan.

Di sini BawangPutih kongsikan pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak ketika menjalani ibadah puasa.

Rata-rata ibu mengingatkan para wanita yang hamil dan menyusukan anak untuk tidak sesekali skip amalan sahur dan mengambil kurma dan susu kambing. Kurma sebagaimana diketahui mempunyai nutrien tinggi (serat, kalsium, zat besi dan vitamin), pembekal tenaga segera, mengelakkan sembelit dan salah satu diet sihat. Susu kambing pula, walaupun ia mempunyai sedikit bau yang tidak enak namun ia kaya dengan sumber kalsium, protein dan asid amino yang diperlukan badan. Ia juga dikenali sebagai susu yang paling baik selepas susu ibu.

Perkongsian dari Raiha Fatimah.
Perkongsian dari Sunarti Md Sidek.
Perkongsian dari Sofia Nasir.

Penting sekali untuk diingatkan, setiap badan manusia berlainan, jadi jangan memaksa diri anda untuk terus berpuasa sedangkan badan anda menunjukkan tanda-tanda tidak larat. Puasa yang ditinggalkan itu boleh diganti di kemudian hari.

error0