APAKAH BEMBAN DAN OPOK-OPOK?

Bunyinya pelik namun tahukah anda, Bemban dan Opok-Opok ini adalah sejenis makanan tradisi warisan Melayu?

Ikan Haruan Tanah Liat, Gulai Asam Rong, Kebebe dan Sambal Neraka adalah antara nama makanan yang jarang didengar dan jarang sekali dihidangkan.

Mungkin anda juga tak pernah lihat makanan warisan ini! 

Opok-opok adalah makanan tradisi Negeri Terengganu

Sebahagian makanan yang kian dilupakan itu memberi kesan besar kepada masyarakat muda untuk mengenali warisan Melayu yang lama-lama makin hilang.

Hidangan makanan negara luar yang semakin popular dan mendapat tempat di pasaran tempatan, menjadi antara faktor kepupusan makanan tradisi Melayu. 

Bukan sahaja lambakan makanan barat namun makanan Jepun, Vietnam, Korea dan banyak lagi. 

Menyebabkan generasi muda tidak mengenali masakan tradisi melayu yang sepatutnya dijaga dan menyebabkan makanan ini pupus dan tidak dikenali. 

Oleh yang demikian, makanan tradisi yang dikategorikan sebagai hampir pupus ini haruslah di perkenalkan dan dihidangkan kepada umum seperti menjadi hidangan istimewa ketika jamuan, kenduri kahwin, majlis-majlis rasmi dan sebagainya. 

Seterusnya mengkomersil makanan ini bagi memastikan ia masih dikekalkan kewujudannya. 

Kita sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum tidak harus hanyut dengan arus imperialisma dan globalisasi dunia. 

Jangan beratur berjam-jam untuk makan ayam K-Pop tetapi lupa makanan asal kita pula.

Adakah tanggungjawab bersama untuk memastikan warisan Malaysia sentiasa dikenali dan dimartabatkan! 

error0