apa itu eis perkeso

APA ITU EMPLOYEE EIS YANG RAMAI ORANG TAK FAHAM

EMPLOYEE Insurance System (EIS) atau dikenali sebagai Sistem Insurans Pekerja mula diperkenalkan pada Januari 2018.

Boleh klik di sini.

Antara tujuan dasar jaringan keselamatan sosial ini adalah :

  • Menawarkan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja kepada pencarum yang telah hilang kerja
  • Membantu pencarum mendapatkan pekerjaan baru menerusi program penempatan semula termasuk bantuan mobiliti.
  • Menyediakan program latihan dan latihan vokasional untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan pencarum dalam bidang pekerjaan.

Siapa yang perlu bayar?

Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja.
Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri.
Umur pekerja yang layak bermula dari 18 tahun hingga 60 tahun, kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

Bagaimana pula dengan kadar caruman?

Kadar caruman bagi SIP adalah campuran 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Contohnya, jika gaji pekerja berjumlah RM3,000 maka SIP bernilai:

0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer pekerja)
0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer majikan)

Jumlah = RM12.20

Nota: Jumlah wang yang ditolak daripada gaji hanyalah RM6.10 daripada syer pekerja sahaja.

Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Bagaimana saya boleh tuntut EIS? Apakah kelayakannya?

Anda selaku pencarum layak memohon bantuan kewangan sekiranya telah kehilangan kerja.

Namun di bawah ini adalah senarai mereka yang tidka boleh memohon:

  • Perletakan jawatan secara sukarela
  • Tamat tempoh kontrak perkhidmatan
  • Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat;
  • Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
  • Persaraan; atau
  • Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku.

Apakah langkah-langkah membuat tuntutan?

  • Permohonan SIP boleh dibuat secara online di laman web Perkeso dengan mendaftar diri sebagai pencari kerja dan mengisi serta melampirkan borang dan perintah / surat pengesahan.
  • Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman.
  • Kemudian, permohonan tersebut akan disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku. Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucar dan pemindahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.
error0