‘ANDAINYA INI RAMADHAN TERAKHIR’ – KULIAH TERAKHIR ABU HASSAN SELASA MALAM

BEKAS Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 72, yang meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi tadi sempat menyampaikan kuliah terakhir pada satu majlis keagamaan pada semalam, Selasa.

Kuliah tersebut bertajuk ‘Andainya Ini Ramadhan Terakhir’ disampaikan di Surau An-Nur Fasa 3A, Bandar Seremban Selatan, Negeri Sembilan.

Antara kandungan kuliah itu menyentuh berkenaan kelebihan bulan Ramadhan dan amal ibadat yang dilakukan sepanjang bulan tersebut.

Abu Hassan turut menyampaikan dalil dan hukum untuk mudah difahami peserta kuliah, selain sempat bergurau di sepanjang kuliah berlangsung.

Untuk rekod, Abu Hassan aktif menyampaikan kuliah dan ceramah selepas bersara.

Allahyarham meninggal dunia selepas terjatuh ketika bangun untuk menunaikan solat subuh.

error0