ANDA LAHIR TAHUN BILA? INI BEZA RAYA DAHULU DAN SEKARANG

Kurang seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rasanya baru je mula berpuasa, tak sangka kita sudah berada di penghujung Ramadhan.

Perasa atau tidak, suasana raya yang kita lalui hari ini berbeza jika dibandingkan beberapa tahun dahulu.

Mungkin kerana faktor usia yang semakin meningkat, namun tidak dinafikan amalan dan penghayatan juga semakin berkurangan.

Di sini kami kongsikan perbezaan sambutan raya dahulu dan sekarang.

Beraya rumah saudara VS Online, tengok TV
Kalau dahulu, selesai sahaja solat Aidilfitri, kita sekeluarga akan bersiap-siap beraya di rumah sendiri untuk bersalam memohon raya dan makan-makan.

Kemudian satu keluarga akan sibuk berkunjung ke rumah saudara-mara, jiran tetangga, termasuklah senarai tetamu datang ke rumah.

Dari pagi sampai malam, selain berborak bertanya khabar, perut kita juga akan kenyang dijamu pelbagai hidangan.

Namun hari ini, ramai memilih untuk lepak di rumah kerana stesen televisyen menyiarkan pelbagai drama raya dengan pelakon-pelakon favourite.

Bukan itu sahaja, ada juga memilih duduk di rumah sebab nak online, nak update Instagram, Facebook dan Twitter. Maklumlah, di kampung ni coverage telefon bimbit tak seperti di bandar.

Lagu raya lama VS lagu raya moden
Anda sendiri lebih gemar mendengar lagu raya lama atau yang sudah dimodenkan?

Bukan apa, lagu raya moden kurang feel-nya jika dibandingkan lagu-lagu raya lama.

Kad raya VS ucapan melalui Whatsapp
Amalan yang semakin ketara ditinggalkan pada hari ini adalah pemberian kad raya. Kalau dahulu tiba sahaja bulan puasa, setiap pasaraya akan ada ruangan khas menjual kad raya dan kita boleh lihat ramai yang akan memilih, membeli kad raya.

Ada pelbagai bentuk kad raya, ada berbentuk kartun, tema tradisional, bermuzik, bermuka surat dan sebagainya. Kalau boleh satu kampung nak dihantarnya. Dan kalau anda masih ingat, kad raya yang banyak-banyak itu akan dijadikan hiasan dan digantung di dalam rumah.

Tetapi pemberian kad raya pada hari ini semakin dilupakan apatah lagi dengan pelbagai aplikasi komunikasi sepertti Whatsapp, Telegram, Wechat dan Facebook.

Duit raya VS Password Wifi
Dahulu, bila mak dan ayah ajak berkunjung rumah makcik pakcik, kitalah yang paling excited sebab nak kumpul duit raya. Rasa macam hebat sangat bila beg raya penuh dengan sampul duit raya.

Tapi zaman berkenaan semakin berubah. Kini, asal sahaja berkunjung ke rumah sedara-mara, antara soalan famous yang akan ditanya adalah ‘Apa password wifi rumah kau ni?’.

Kuih buat sendiri VS kuih tunjuk
Kalau dahulu, seminggu sebelum raya kaum wanita dah mula sibuk bakar kuih raya. Paling kurang mesti ada 5 jenis kuih raya dibuat sendiri.

Sekarang ramai memilih untuk membeli di bazar-bazar Raamdhan dengan alasan tak sempat nak membakar kuih raya. Ada juga yang membeli secara online.

Tradisional VS hipster
Hari ini terdapat pelbagai fesyen baju raya di pasaran. Baju fesyen tradisional juga ada yang di-hipster-kan, kononnya kerana mengikut peredaran zaman.

Baju Melayu lelaki misalnya, hadir dengan pelbagai gaya moden, seperti sendat dan ada juga fesyen lebihan kain di belakang.

Serius ke korang suka fesyen pelik macam ni?

error0
Tweet 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *