tips pilih durian

ANDA HANTU DURIAN? KENALI 10 TIPS PILIH DURIAN TERBAIK!

tips pilih durian

SANA sini kita dapat lihat banyak peniaga menjual raja buah. Ada yang datang dengan 4wd, ada yang buka payung tepi jalan, ada juga yang buka gerai bayar dengan satu harga dan makanlah dengan sepuas-puasnya.

Ramai rakyat Malaysia menggilai durian. Kecur air liur mengingatkan isinya yang lembut bewarna kuning dan baunya yang kuat.

Ada yang suka makan begitu sahaja, atau yang suka makan dengan pulut, serawa, bubur dan bermacam lagi.

Tapi ada juga yang tertipu dengan si peniaga yang tak jujur. Sudahlah dijual dengan harga yang mahal, buah pula tak elok. Rugi jer!

Di bawah kami kongsikan 10 tips memilih buah durian yang terbaik!

tips pilih durian

Tangkai
Jangan beli durian jika buahnya tidak bertangkai. Jika tangkai buah pendek dan tebal, itu bermakna isi durian banyak dan tebal.

Berat durian
Tahukah anda, semakin ringan durian semaki banyak isi di dalamnya. Durian yang lebih berat dipercayai mempunyai isi yang telah ranum dan mulai berair, atau kulitnya lebih tebal berbanding isi.

Warna
Jika anda melihat luaran buah kelihatan cantik dan bewarna kuning, tidak semestinya isinya juga bewarna kuning.

Musim
Isi buah durian lebih cantik dan tidak berulat jika durian berbuah di musim panas atau kering. Isi durian dipercayai berair, tawar dan berulat sekiranya musim itu sering hujan dan lembab. Kata orang-orang tua, durian mungkin ‘dipulas ribut’.

Kulit
Ketika hendak membeli durian, pastikan pilih buah yang kulitnya belum pecah dan merekah. Jika anda nampak kulit buah bertompok atau berbintik hitam, dikhuatiri isi di dalam telah buruk.

tips pilih durian

Bentuk bulat
Durian yang berbentuk bulat dipercayai mempunyai isi yang lebih banyak berbanding buah yang berbentuk bujur atau lonjong.

Duri
Durian yang mempunyai duri yang pendek dan jarang kebiasaannya mempunyai isi yang banyak dan padat.

Bunyi
Bunyi buah yang padat ketika diketuk menandakan buah telah masak.

Juring
Isi buah yang banyak dikatakan lebih kepada durian yang berjuring lima. Ada yang mengatakan semakin banyak juring semakin kecil isi buah durian.

Bau
Pilih buah yang berbau manis dan wangi.