ANDA GEMAR MAKAN AIS KRIM? JOM KENALI SEJARAHNYA

KAMI yakin ramai di antara kita amat menggemari ais krim, apatah lagi jika dimakan ketika cuaca panas.

Apabila sebut sahaja perkataan ais krim, sudah pasti anda terbayangkan perisa dan jenama favourite, kan? Ia menjadi kegemaran seluruh lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak atau dewasa.

Jom kita baca sejarah di sebalik kesedapan ais krim ini.

  • Makanan orang berada – Kalau nak tahu, ais krim suatu masa dahulu merupakan pencuci mulut bagi golongan bangsawan kiranya sifatnya yang ‘eksotik’.
  • Ais krim dan wafel gabungan baru secara tiba-tiba – Kisahnya bermula apabila seorang peniaga ais krim telah kehabisan kon kerana menerima tempahan yang banyak dari pelanggan. Untuk menyelesaikan masalahnya, peniaga itu berjumpa dengan peniaga wafel dan kedua-duanya mendapat idea baru untuk menggabungkan ais krim dan wafel.
  • Hey! Siapa tak suka gabungan berkenaan yang amat terkenal di A&W?
  • Siapa pencipta ais krim? – Dikatakan ais krim mula dicipta dengan mencampurkan salji dengan madu dan buah-buahan. Idea ini datangnya daripada Maharaja Nero dari zaman kuno Rom.
  • Ada yang kata Marco Polo yang mula memperkenalkan pencuci mulut ini selepas pergi ke China dimana rakyatnya menghidangkan salji dengan nasi dan susu.
  • Ais krim dari muntah ikan? – Ya ini adalah antara fakta menarik di sebalik penghasilan ais krim. Dikatakan Lady Anne Fanshawe, seorang wanita keturunan bangsawan Inggeris pada tahun 1668 menulis resepi ais krim dengan mencapurkan adunan dengan selaput biji pala, bunga oren dan muntah ikan paus (ambergris).
  • Euwww? Namun itulah yang dicatatkan di dalam resepi asal berkenaan!
  • Sundae hanya pada Ahad! – Penganut Kristian dilarang memakan makanan dan minuman manis pada Hari Sabbath yang jatuh pada hari Ahad. Seorang peniaga, Edward Berners, yang memiliki Ed Berner’s Ice Cream Parlor kemudian mencari idea untuk melariskan perniagaannya dengan mencipta soda ais krim tanpa soda – tetapi hanya ais krim dan gula. Nama Sundae pula lahir untuk mengelakkan kaitannya dengan Hari Sabbath.
  • Coklat perisa pertama ais krim – Wujud pertelagahan apakah perisa pertama ais krim diperkenalkan kepada orang ramai. Hakikatnya coklat merupakan perisa pertama ais krim di dunia!