ANAK TANTRUM – BAGAIMANA NAK KAWAL?

IBU bapa yang mempunyai anak di bawah dua tahun pasti berdepan dengan kesukaran mengawal emosi anak yang dipanggil tantrum.

Tantrum adalah perkara normal yang terjadi pada kanak-kanak dan boleh terjadi kerana marah atau kecewa sehingga mereka mengekpresikan dalam bentuk jeritan, tangisan, memecahkan barangan, berkelakuan agresif dan menahan nafas.

Fasa ini memerlukan kesabaran ibu bapa.

Tantrum terjadi kerana kanak-kanak tidak tahu bagaimana menahan kemarahan dan kekecewaan kerana tidak mendapat apa yang dimahukan.

Keadaan ini akan hilang sebaik sahaja mereka memperolehi apa yang dimahukan.

Ibu bapa, lihatlah tantrum anak dengan positif kerana keadaan ini sebenarnya mengajar anak-anak untuk belajar bagaimana mengawal dan mengurus emosi mereka.

Bagaimana hendak mengendalikan tantrum anak-anak :

1.Ketahui apa yang membuatkan mereka rasa marah atau kecewa

Bercakap dengan nada perlahan dan bertanyakan apakah punca mereka mengamuk. Dalam masa yang sama, alihkan barangan yang ada di tangan mereka untuk elakkan mereka membalingnya.

2.Alihkan perhatian mereka

Adakalanya tantrum berlaku kerana mereka bosan dengan apa yang dilakukannya. Sekiranya mereka mula membaling barangan atau memegang barangan yang tidak sepatutnya, cuba alihkan perhatian mereka dan pujuk dengan memberi mainan lain.

3. Jangan beri muka dengan amukan mereka

Mereka menangis kerana tidak mendapat apa yang dimahukan. Jadi belajar untuk tidak melayan atau respon kepada amukan mereka. Lama-lama mereka akan berhenti menangis kerana penat dan faham tiada sesiapa melayan mereka.

4. Beri masa kepada mereka

Seperti kita orang dewasa, adakalanya memerlukan waktu bersendirian. Apabila mereka buat perangai di rumah, cuba biarkan mereka sendirian dengan ‘menghiburkan’ perasaan mereka. Tetapi anda kena pantau juga ya!

5. Dengar apa mereka nak cakap

Walaupun tidak berbutir isi percakapan mereka, namun beri respon kepada mereka. Mereka mahukan perhatian.

Selamat mencuba!

error0