ANAK MAUT DIBELASAH SELEPAS DUA HARI DIHANTAR KE SEKOLAH KUNGFU

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dihantar bapanya ke sekolah mempertahankan diri kung fu sebagai salah satu cara menurunkan berat badannya.

Namun kejadian malang pula yang menimpa Deng Qi apabila dirinya menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar di sana yang bertindak menyepak dan menumbuknya sehingga maut.

Bapa Qi berkata dia baru sahaja menghantar anaknya ke sekolah Shaolin Xialong Kung Fu pada 7 April lalu.

Namun kurang dari dua hari dia menerima panggila daripada pihak sekolah mengatakan anaknya pengsa dan meninggal dunia.

Ketika ditemui, wajah Qi telah bertukar kepada ungu dan terdapat kesan lebam pada perutnya dipercayai akibat disepak.

Keluarga mangsa mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dan terkejut apabila mendapati Qi dikelilingi oleh sekumpulan pelajar yang bertindak kasar seperti menumbuk dan menyepak mangsa.

Rakaman CCTV berkenaan turut menunjukkan ada sekumpulan pelajar lain mengusung Qi untuk mendapatkan rawatan.

Sekolah kung fu berkenaan menafikan kejadian tersebut malah mahu mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang merosakkan prestasi mereka.

error0