anak lambat bercakap

ANAK LAMBAT BERCAKAP? CUBA AMALKAN INI

“Risaulah… Alif nampak berat mulut nak bercakap, sedangkan budak-budak sebaya dia dah pandai bercakap. Kenapa ye?”

Ini antara kebimbangan ibu bapa yang sering disuarakan tentang anak-anak mereka. Yang nyata, perkembangan setiap anak-anak adalah berbeza-beza.

Ada yang cepat, ada juga yang sedikit lambat.

Jika anda mempunyai anak yang perkembangan pertuturannya sedikit lambat, apa kata cuba dua ayat di bawah. Jadikan sebagai amalan setiap kali selepas solat.

Maksudnya : Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan) – Surah An-Nisa ayat 164.

Maksudnya : “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku” – Surat Thaha: Ayat 25-28.

Apa-apa pun, lakukan ini sebagai ikhtiar untuk anak. Anda, sebagai ibu bapa perlu kerap berkomunikasi dengan mereka. Banyakkan perbualan ketika bersama anak-anak.