bayi kena demam campak

ANAK KENA DEMAM CAMPAK – APA YANG IBU BAPA PERLU TAHU DAN LAKUKAN

NAMPAKNYA musim demam campak di kalangan kanak-kanak kembali lagi.

Demam campak terjadi dari sejenis virus yang dinamakan paramyxovirus. Seseorang yang mempunyai virus ini dan yang kemudiannya bersin atau batuk, akan menyebarkan titik kecik berisi virus ini ke udara.

Kanak-kanak yang terkena, tersentuh atau bernafas dengan virus ini akan mudah dijangkiti – memandangkan titik kecil ini aktif selama dua jam di permukaan dan udara.

Kanak-kanak yang tidak diberi vaksin atau belum pernah terkena demam campak akan mempunyai peluang sehingga 90% jika terkena atau tersentuh dengan sesiapa yang mempunyai virus ini.

Tempoh lapan hingga 10 hari diambil untuk si anak terdedah kepada virus ini.

Demam campak akan berjangkit selama empat hari sebelum dan empat hari selepas wujudnya ruam.

bayi kena demam campak

Bagaimana mengetahui anak terkena demam campak?

Anak-anak akan mulai demam, selsema dan batuk, kurang selera makan, tidak bermaya dan mata menjadi merah.

Bintik-bintik merah akan mulai naik di badan anak-anak selepas beberapa hari, terutama di dalam mulit. Ia dipanggil Koplik, beruapa bintik-bintik bewarna putih seperti pasir atau garam.

Ruam ini akan bermula dengan bintik-bintik merah rata dan kemudian bertukar menjadi benjolan. Ketika ruam muncul, demam akan mula naik sehingga 40 darjah celcius.

Anak-anak akan mengadu gatal punca dari ruam yang timbul dari badan mereka. Mereka akan berasa tidak sedap badan seperti mual, sakit tekak dan muntah, malah mengadu sakit apabila batuk.

Ruam-ruam di badan akan hilang dalam tempoh lima hari dan berkurang serta bertukar menjadi warna coklat, selain menjadi kering.

Kebanyakan kanak-kanak yang sihat akan pulih dari demam campak dengan baik.

Namun, tahukah anda di kalangan kanak-kanak akan ada 30% yang mengidap campak akan mendapat satu atau lebih komplikasi.

8% kanak-kanak akan mendapat cirit-birit. 6% kanak-kanak mendapat radang paru-paru akibat campak dan ia merupakan penyebab kematian akibat komplikasi demam campak pada kanak-kanak.

Komplikasi yang jarang berlaku termasuk hepatitis, myocarditis (radang hati), meningitis, encephalitis (radang otak) dan paling jarang adalah komplikasi serius pada otak.

Bagaimana menjaga anak yang mengalami demam campak?

Bawa segera si anak ke klinik untuk pemeriksaan supaya kes ini dilaporkan bagi menghalang virus ini dari terus merebak.

Jauhkan anak anda dengan orang lain supaya tidak dijangkiti.

Pastikan anak mendapat rehat yang secukupnya dan elakkan dehidrasi pada si anak dengan kerap memberi mereka minum.

Anda boleh sapukan losyen Calamine pada ruam-ruam di badan anak.