AMBIL TAHU HAK ANDA SEBAGAI PEKERJA DI MALAYSIA!

SUDAH beberapa tahun bekerja namun masih tidak tahu apakah hak-hak anda sebagai seorang pekerja?

Sempena Hari Pekerja 1 Mei, semak perkara penting di bawah kerana hak-hak anda sebagai pekerja telah termaktub di dalam Akta-akta dan Ordinan-ordinan yang berkuatkuasa di Malaysia.

Jangan jadikan diri anda sebagai alat untuk dimanipulasi majikan!

Rujuk segera kepada Jabatan Tenaga Kerja atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) jika anda berasa dianiaya atau untuk mendapat nasihat.

  • Gaji Minima – Kerajaan Malaysia telah menetapkan had gaji minima sebagai RM1,100 sebulan dan terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali pekerja domestik.
  • Kontrak Bertulis – Mana-mana majikan yang gagal menyediakan kontrak kerja secara bertulis kepada pekerja yang melebihi tempoh satu bulan, boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 jika mangsa membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja.
  • Caruman KWSP dan Socso – Ingat, dua perkara ini adalah penting bagi setiap pekerja kerana ia merupakan simpanan masa hadapan dan perlindungan jika berlakunya kemalangan di tempat kerja. Maka setiap majikan wajib mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso/Socso).
  • Potongan Gaji – Ia HANYA dibenarkan di dalam hal-hal tertentu sebagaimana ditetapkan di dalam Akta/Ordinan.
  • Bayaran ‘Overtime’ – Pekerja hanya dibenarkan bekerja selama 8 jam sehari atau 48 jam seminggu. Sekiranya majikan anda meminta anda bekerja lebih masa dari tempoh tersebut, maka anda layak menerima bayaran yang lebih tinggi seperti yang ditetapkan di dalam Akta/Ordinan.
  • Tempoh Percubaan (Probation) – Anda perlu tahu bahawa walaupun anda masih di dalam tempoh percubaan, anda mempunyai hak yang hampir sama dengan pekerja yang telah disahkan jawatan. Penting sekali, anda tidak boleh dibuang sesuka hati tanpa sebarang alasan. Anda boleh bawa isu ini ke Jabatan Tenaga Kerja jika timbul isu oleh majikan.
  • Hak Pekerja Wanita – Tahukan anda, sekiranya anda adalah pekerja wanita, anda mempunyai hak untuk meminta tidak bekerja dari jam 10 malam ke 5 pagi (industri tertentu).  Wanita juga mempunyai cuti khas untuk cuti bersalin dan elaun bersalin.
  • Data Peribadi – Majikan tidak boleh mendapatkan atau mendedahkan maklumat pekerja sesuka hati dan perlu mendapatkan keizinan daripada pekerja di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  • Cuti Tahunan dan Cuti Sakit – Jumlah cuti bergantung kepada tempoh perkhidmatan.
  • Hak Untuk Diadili – Walaupun ada peruntukan penamatan kerja dalam kontrak namun ia bukan alasan kepada majikan menghentikan pekerja secara sesuka hati. Pekerja berhak diadili terlebih dahulu untuk mereka mengetahui sebab-sebab pemberhentian. Jika tiada alasan munasabah, pekerja boleh membuat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan.
  • Pembayaran Gaji – Sekiranya ada masalah syarikat, majikan boleh melewatkan pembayaran gaji sehingga hari ke tujuh pada bulan seterusnya.
  • Umur Persaraan – Umur persaraan minima adalah 60 tahun dan majikan tidak boleh menetapkan had umur lebih rendah dari itu.
  • Faedah Penamatan Perkhidmatan – Pekerja berhak menikmati faedah perkhidmatan apabila diberhentikan kerja.

error0